Nasihat Lukman al-Hakim



Soalan Pertama



Maksudnya : Dan (ingatlah) tatkala Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: "Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".


Ayat di atas menjelaskan tentang larangan melakukan perbuatan syirik.(surah Lukman ,ayat 13)
  1. Apakah yang dimaksudkan dengan syirik?
  2. Senaraikan empat contoh perbuatan syirik.
  3. Terangkan tiga kesan perbuatan syirik terhadap umat Islam.
  • Syirik ialah menyekutukan atau menyamakan Allah dengan sesuatu sama ada dari segi zat,sifat atau perbuatan Allah SWT.
  • Empat contoh perbuatan syirik ialah :
  1. Menyembah berhala atau patung
  2. Mengaku Nabi Isa sebagai anak tuhan
  3. Menyembah bulan atau bintang
  4. Melakukan penyembahan pemujaan dengan tujuan memohon pertolongan selain daripada Allah SWT
  • Tiga kesan syirik terhadap umat Islam ialah:
  1. Iman menjadi batal
  2. Dimurkai oleh Allah SWT
  3. Dibenci oleh masyarakat
  4. Membazir masa,tenaga dan wang
Soalan kedua
 -    Islam melarang umatnya bersifat sombong.
  • Jelaskan cara-cara anda bergaul dengan rakan-rakan di sekolah supaya tidak bersifat sedemikian
  • Mengapakah Islam melarang memaling muka ketika bercakap dengan seseorang?
  • Mengapakah Islam mementingkan umatnya berakhlak mulia?









 Yang bermaksud :"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

2.   Ayat di atas menerangkan tentang nasihat Lukman kepada anaknya.Berdasarkan ayat 18 di atas :
  • Jelaskan dua nasihat selain amar makruf nahi mungkar.
  • Terangkan amar makruf nahi mungkar yang boleh anda lakukan di sekolah.
  • Huraikan dua akibat terhadap masyarakat sekiranya amar makruf nahi mungkar tidak dilaksanakan.
  • Mengapakah setiap orang Islam perlu mengamalkan budaya amar makruf dan nahi mungkar?
3.   Berdasarkan ayat 12 hingga 19 daripada surah Lukman,Lukman al-Hakim sangat prihatin ketika mendidik anaknya agar dapat menjalani kehidupan berdasarkan syariat Allah SWT.
  •  Siapakah Lukman al-Hakim?
  • Terangkan empat pengajaran yang dapat anda faham daripada ayat-ayat tersebut.
  • Jelaskan kebaikan terhadap individu dan masyarakat yang mengamalkan nasihat Lukman al-Hakim
  • Nyatakan ciri-ciri anak yang soleh.
No.1.

i.    Cara-cara bergaul ialah :
  • Bertegur sapa
  • Tidak meninggi diri
  • Berwajah manis ketika bercakap
  • Bercakap dengan bahasa yang sopan
  • Berjalan dengan tenang dan tidak berlagak sombong
ii.    Islam melarang memalingkan muka ketika bercakap dengan seseorang kerana:
  • Mengelakkan anggapan kita seorang yang sombong
  • Mengelakkan rasa kecil hati bagi pihak yang bercakap 
  • Perbuatan tersebut boleh menghilang rasa saling hormat menghormati antara satu sama lain
iii.    Islam mementingkan umatnya berakhlak mulia kerana :
  • Dipandang mulia dan dihormati oleh orang lain
  • Membuktikan Islam agama mementingkan kesejahteraan 
  • Silaturrahim dan perhubungan sesama manusia semakin erat
No.2.
i.    Dua nasihat selain amar makruf nahi mungkar dalam ayat di atas ialah:
  • Mendirikan solat
  • Bersabar atas musibah yang menimpa
ii.    Amar makruf nahi mungkar yang boleh saya lakukan di sekolah ialah
  • Menunjukkan contoh teladan yang baik.
  • Menganjurkan program-program kerohanian .
  • Menasihati dan menegur kawan-kawan yang melakukan kemungkaran.
iii.   Dua akibat terhadap masyarakat sekiranya amar makruf nahi mungkar tidak dilaksanakan ialah:
  • Masyarakat huru-hara
  • Perbuatan jenayah berleluasa
  • Masyarakat hidup dalam ketakutan
  • Masyarakat menjadi mundur
  • Maksiat berleluasa
iv.   Setiap orang Islam perlu mengamalkan budaya amar makruf nahi mungkar kerana :
  • Setiap orang Islam ialah pendakwah
  • Martabat Islam akan dipandang tinggi
  • Kesinambungan usaha dakwah dapat diteruskan
  • Mendapat keredaan daripada Allah di dunia dan di akhirat
No.3.

i.    Lukman al-Hakim ialah seorang hamba Allah SWT pada zaman Nabi Daud a.s. yang soleh lagi bertakwa.
Beliau digelar al-hakim kerana kata-kata hikmahnya yang menjadi pengajaran dan teladan kepada manusia.

ii.    Empat pengajaran daripada ayat tersebut ialah
  • Berakhlak mulia adalah jati diri sebenar umat Islam
  • Islam sangat menghargai pengorbanan ibu bapa
  • Sifat sabar sangat penting dalam kehidupan seharian 
  • Allah menjadikan nasihat Lukman al-Hakim sebagai panduan hidup
  • kita mesti menjauhi perbuatan yang boleh terjerumus kepada syirik
  • Sifat sombong perlu dijauhi untuk keharmonian dalam pergaulan 
iii.   Kebaikan kepada individu dan masyarakat yang mengamalkan nasihat tersebut ialah:
   
      Individu-
  • Iman bertambah mantap
  • Jiwa sentiasa tenang
  • Mendapat keberkatan daripada Allah
      Masyarakat-
  • Mengamalkan budaya selari dengan tuntutan Islam
  • harmoni dan aman
  • Maju dan bersatu padu
 iv.  Antara ciri-ciri tersebut ialah :
  • Taat kepada ibu bapa
  • Mendoakan kesejahteraan ibu bapa
  • Memelihara ibu bapa yang sudah tua
  • Sentiasa menginsafi pengorbanan ibu bapa